Turki Islam dan sekularisme

Tradisi kuat sekularisme di Turki bermula sejak seabad yang lepas. Republik Turki adalah sebuah negara sekular sejak 1937 di bawah ideologi Kemalis dan pembaharuan Atatürk. Walaupun masih banyak penduduknya yang patuh pada ajaran Islam, negara ini tidak mempunyai agama rasmi ataupun mempromosikan mana-mana agama, dan ia secara aktif memantau kegiatan keagamaan.

Perlembagaan Turki menegaskan negara itu sebagai sebuah negara republik sekular dan demokratik. Sewaktu Pilihan Raya Presiden pada tahun 2007, para sekularis bimbang sekiranya presiden terpilih dari AKP - sebuah parti dengan akar-umbi Islam - ia akan mengugut peraturan sekular Turki.[1] Pencalonan Abdullah Gül menakutkan mereka kerana Presiden Turki merupakan panglima besar tentera dan mempunyai veto. Pemimpin ketenteraan Turki pada masa lepas telah menyatakan bahawa mereka menolak untuk melawat istana presiden jika seorang wanita yang memakai tudung tinggal di dalamnya.[2]

Rujukan

WikiPedia: Islam dan sekularisme http://www.civicwebs.com/cwvlib/africa/somalia/199... http://articles.cnn.com/2010-04-25/world/lebanon.r... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.nytimes.com/2007/04/25/world/europe/25t... http://www.kazakhstan.orexca.com/ http://www.uta.edu/cpsees/TURKCON.htm http://www.cecl.gr/RigasNetwork/databank/Constitut... http://www.thedailystar.net/newDesign/latest_news.... http://www.thedailystar.net/newDesign/latest_news.... http://web.archive.org/20110708072531/wiyono4.blog...